“Bot disyaki membawa pendatang asing itu bertindak memecut laju ke arah pantai apabila dikesan anggota APMM.
“Tindakan berkenaan menyebabkan anggota APMM mengejar bot terbabit selama 15 minit, bot itu kemudian dipercayai bertindak menghimpit bot samaran APMM sehingga menyebabkan bot samaran APMM berlanggar dengan struktur konkrit berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sungai Padang," katanya pada sidang media di Kangar hari ini.
Beliau berkata tiga anggota APMM tercampak ke laut dengan seorang daripadanya dilaporkan hilang sebelum ditemukan terapung kira-kira 1.30 pagi tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia dipercayai mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala.
Romli berkata tiga anggota yang mengalami kecederaan masing-masing dilaporkan mengalami patah pergelangan tangan serta kesakitan di bahagian dada dan kedua-dua rusuk, dengan kesemuanya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk rawatan.
Beliau berkata anggota yang meninggal dunia ialah Laskar Kanan Teknikal Maritim Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, dan jenazahnya dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah selepas solat Asar, apabila urusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, selesai.
“Dalam kejadian itu, sembilan individu dipercayai pendatang tanpa izin warga Myanmar terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita serta dua tekong lelaki warga Thailand berjaya ditahan.
All 11 PATI will be charge under 302 for murder
They are bringing in Roro from Thailand to Malaysia
🫡